Carian
Google Wallet Akan Menggantikan Google Pay Sepenuhnya Di Amerika Syarikat Bermula 4 Jun 2024
February 26, 2024 Nazrin

Google hari ini mengumumkan bahawa bermula 4 Jun 2024 ini, sokongan aplikasi Google Pay untuk pasaran Amerika Syarikat akan digantikan sepenuhnya oleh Google Wallet.

Sebelum ini, pelbagai fungsi seperti pembayaran rakan setara (peer-to-peer payments), penambahan wang dan pelbagai fungsi lain yang hadir pada Google App kini akan dipindahkan ke Google Wallet di Amerika Syarikat sebagai langkah untuk menyelaraskan cara pembayaran di platform tersebut untuk pengguna Amerika Syarikat.

Google Pay

Untuk kebanyakan negara lain, seperti Malaysia misalnya, kita sudahpun terus menggunakan Google Wallet sebagai aplikasi pembayaran dalam peranti kita. Dua negara yang dilihat akan kekal menggunakan Google Pay selepas bulan Jun tahun ini ialah Singapura dan India kerana kedua-dua negara ini dikatakan mempunyai keperluan unik untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Google mengatakan bahawa pengguna Google Pay di Amerika Syarikat masih lagi boleh menggunakan aplikasi Google Pay sehingga 4 Jun 2024 ini, dimana ia akan dipadamkan daripada Play Store dan dinyahaktifkan pada peranti-peranti pengguna.

Komen