Carian
Google Bakal Menawarkan Gemini Melalui Aplikasi Permesejan Google Messages
February 26, 2024 Aman

Google Messages merupakan aplikasi yang hadir terbina pada peranti Android, menawarkan sokongan permesejan SMS, dan juga RCS. Kini, bergerak ke hadapan, kita mungkin melihat aplikasi tersebut digunakan dengan lebih kerap lagi apabila Google hari ini mengumumkan akan menyertakan sokongan Gemini melalui Google Messages.

Gemini, seperti ramai sedia maklum merupakan sokongan kecerdasan buatan generatif oleh Google, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, menjana sesuatu teks, dan melakukan pelbagai perkara menggunakannya.

Dengan integrasi pada Google Messages, pengguna boleh berinteraksi terus bersama Gemini pada aplikasi berkenaan, dan tidak lagi perlukan sebarang aplikasi tambahan untuk mengakses Gemini. Gemini juga dijangka akan dapat membantu dalam draf akan sesuatu mesej, menjana idea, dan lain-lain.

Kemaskini baharu ini dijangka diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.

Komen