Baru sahaja beberapa hari lepas kita melihat pihak Meizu mengatakan akan keluar daripada perniagaan telefon pintar. Namun, tidak diketahui mengapa, kini perkara berkenaan dilihat berubah, dan pihak Meizu menjadualkan pengenalan sebuah telefon pintar baharu di China.

Dinamakan sebagai Meizu 21 Pro, ia dijangka hadir dengan spesifikasi premium, dan mungkin turut akan dipasarkan di Malaysia dalam masa terdekat.
Meizu dijangka akan turut memfokuskan kepada beberapa ciri-ciri berasaskan kecerdasan buatan pada telefon pintar ini kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Meizu melalui telefon pintar baharu ini.