AI generatif kini boleh dijalankan terus dari sebuah komputer riba yang dilengkapi perkakasan yang melepasi spesifikasi minima. Kerana AI kini ialah kata kunci ajaib yang menyebabkan syarikat mereka mencapai nilai pasaran $2 trilion baru-baru ini, NVIDIA mengumumkan dua siri GPU baharu untuk komputer riba.

NVIDIA RTX 500 dan RTX 1000 Ada Generation menyasarkan penggunaan di kalangan pencipta kandung, golongan profesional, jurutera dan penyelidik yang memerlukan kemampuan AI yang baik pada sebuah komputer riba. Ia dilengkapi teras RT generasi ketiga, teras Tensor generasi keempat, dan teras CUD Ada Generation. NVIDIA RTX 500 akan dilengkapi 4GB RAM sementara RTX 1000 Ada Generation pula dilengkapi 6GB RAM.

Antara yang boleh dilakukan GPU ini ialah menghilangkan hingar pada video yang ingin disunting, meningkatkan kualiti gambar dan menggunakan AI generatif bagi menghasilkan kandungan. Menurut NVIDIA GPU baharu ini boleh menawarkan peningkatan prestasi sehingga 14x menggunakan Stable Diffusion, 3x dalam suntingan gambar dan 10x dalam menghasilkan objek 3D apabila dibandingkan dengan hanya menggunakan kuasa CPU.
GPU NVIDIA RTX 500 dan RTX 1000 Ada Generation akan mula ditawarkan pada komputer riba keluaran Dell Technologies, HP, Lenovo serta MSI menjelang musim bunga.