Microsoft hari ini membuat kejutan dan mengumumkan akan melabur pada Mistral dengan mengambil sedikit pegangan pada syarikat kecerdasan buatan berkenaan. Ini sekaligus membuatkan Microsoft mempelbagaikan pelaburan pada firma pembangunan kecerdasan buatan, selain OpenAI.

Menariknya mengenai Mistral adalah ia membangunkan model bahasa rayanya secara sumber terbuka – sekaligus membolehkan orang ramai mengetahui pelbagai maklumat berkaitan dengannya – berbeza dengan OpenAI.
Mistral sebelum ini telah dinilaikan sekitar €2bn pada penghujung 2023 lepas. Ia tidak diketahui nilai yang Microsoft melakukan. Kerjasama ini juga akan memudahkan pembangun yang menggunakan perkomputeran awan Azure untuk menggunakan model yang dibangunkan Mistral.