Carian
Aplikasi YouTube Kids Untuk Televisyen Akan Ditamatkan Pada Julai 2024
February 27, 2024 Aman

Google kini mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran aplikasi YouTube Kids pada televisyen, menjelang Julai 2024 kelak. Sebagai ganti untuknya, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.

Langkah ini hadir selari dengan integrasi sebelum ini yang menyatukan aplikasi YouTube dan YouTube Kids dalam satu aplikasi. Dengan integrasi ini, pengguna boleh dengan mudah mengubah tetapan profil – dan tidak memerlukan sebarang aplikasi berasingan.

Perubahan ini adalah hanya untuk penggunaan di kaca televisyen sahaja, dan tidak melibatkan aplikasi YouTube Kids untuk peranti mudah-alih.

Komen