Pelan CelcomDigi Business diumumkan hari ini dengan ia menyasarkan golongan perniagaan yang ingin melakukan penjimatan pada kos rangkaian selular mereka. Empat pelan ditawarkan iaitu Business Postpaid 80, Business Postpaid 108, Business Postpaid 138, dan Business Postpaid 168 setiap satunya dengan kelebihan masing-masing.

Kesemua pelan Business Postpaid menawarkan perayauan antarabangsa percuma di beberapa destinasi terpilih. Bermula dengan 3 lokasi menerusi Business Postpaid 80 dan meningkat ke 22 menerusi pelan Business Postpaid 168. Antara kelebihan lain yang ditawarkan ialah panggilan, SMS dan peranti 5G percuma. Disamping itu kelajuan 5G tanpa had turut disertakan sekali. Untuk terma dan syarat sila ke lama rasmi CelcomDigi Business.