Carian
Realme C67 4G Boleh Dibeli Dengan Harga Lebih Murah – Bermula RM729
February 27, 2024 Amy Maizuraa

Harga jualan Realme C67 telah dikemas kini ke RM729 (8/128GB) dan RM799 (8/256GB) diberikan melaluinya. Ini menjadikan peranti boleh dibeli dengan harga lebih murah berbanding asal iaitu RM799 (8/128GB) dan RM899 (8/256GB). Bagi yang berminat, ia sedia boleh dibeli mulai sekarang menerusi pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi peranti dilengkapi skrin LCD 6.72″ beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabung pula dengan cip Snapdragon 685, memori 6GB RAM dan storan 256GB terbina. Bateri 5,000mAh disertakan dengaN pengecasan pantas 33W. Selain itu kamera utama 108MP + 2MP dan swafoto 8MP turut melengkapinya.

Komen