Carian
U Mobile, CelcomDigi Dan ZTE Akan Menguji Teknologi 5G-Advanced Di Sarawak
February 27, 2024 Aman

Selain kerjasama perkongsian rangkaian 4G LTE antara CelcomDigi dan U Mobile, kini kedua-dua syarikat telekomunikasi bersama-sama dengan ZTE turut mengumumkan kerjasama, dan akan memperlihatkan penggunaan dan kebolehan teknologi 5G-A (5G Advanced).

Ketiga-tiga pihak akan bekerjasama untuk ujian dunia nyata penggunaan 5G-A di Sarawak. Ujian teknologi ini bukan sekadar pada rangkaian mudah-alih, tetapi lebih kepada penggunaannya dalam membantu menawarkan sejumlah penyelesaian, termasuk kecerdasan buatan, selain untuk penyiaran langsung.

Untuk menjayakan ujian ini di Sarawak, sejumlah teknologi integrasi akan digunakan, termasuk Automatic Antenna Patern Control (AAPC) dan juga AAU Hibernation. Penyelesaian ini akan digunakan bersama-sama teknologi seperti mmWave dan lain-lain untuk kelajuan 5G yang tinggi.

U Mobile menyatakan dengan langkah ini, mereka akan dapat memperlihatkan kelebihan 5G-A kepada para pengguna dan perusahaan – selari dengan inspirasi mereka menjadi penyedia perkhidmatan digital yang diminati ramai di Malaysia.

Komen