Cari @ Amanz

Kementerian Dalam Negeri kini memaklumkan sedang memantau beberapa aplikasi al-Quran yang berada di pasaran tempatan, tidak menerima sebarang kelulusan atau perakuan – termasuk yang dibangunkan oleh pembangun aplikasi tempatan.

Buat masa ini, hanya satu sahaja aplikasi al-Quran yang menerima perakuan pihak KDN, iaitu aplikasi “Smart Quran”. Aplikasi berkenaan sendiri dibangunkan bersama kerjasama pihak KDN, dan turut menerima kelulusan JAKIM, selain berdaftar dengan SKMM.

Dibawah perundangan Malaysia, apa jua bentuk penerbitan yang mengandungi satu juzuk atau lebih ayat Al-Quran perlu menerima perakuan KDN – termasuk aplikasi al-Quran. Aplikasi berkenaan perlu melalui proses semakan oleh Lajnah Tashih al-Quran Malaysia.

Selari dengannya, KDN kini menyeru syarikat pembangun aplikasi untuk kemukakan salinan perisian pruf akhir teks Al-Quran kepada Lembaha Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks Al-Quran KDN.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd