Threads Akhirnya Membenarkan Hantaran Kegemaran Disimpan
Effi Saharudin
Sedikit demi sedikit Threads mula menawarkan ciri yang sudah menjadi kebiasaan di X/Twitter. Hari ini ciri menyimpan hantaran di Threads telah diaktifkan kepada lebih banyak pengguna selepas menjalani proses ujian skala kecil awal bulan ini.

Apabila aplikasi dikemaskini ke versi baharu, sebuah notifikasi akan menyatakan ciri menyimpan hantaran boleh dilakukan. Tekan menu pada hantaran dan pilih “Save” untuk menyimpannya. Tidak seperti di X/Twitter, Threads tidak menyediakan tab khas untuk mengakses hantaran yang disimpan.
Sebaliknya ia disorokkan dalam menu tetapan akaun. Ini mungkin pilihan yang bijak kerana di X/Twitter ciapan yang disimpan boleh dilihat oleh pengguna lain kecuali jika anda melanggan X Premium.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.