Honor Mengesahkan Sedang Membangunkan Cincin Pintar Tersendiri
Aman
Sehari selepas Samsung memperlihatkan cincin pintar secara rasminya kepada orang ramai, kini Honor mengesahkan mereka turut sedang membangunkan cincin pintar tersendiri, sekaligus menyertai penawaran dibawah kategori baharu.

Walaupun mengesahkan pembangunan produk berkenaan, namun Honor tidak berkongsi lanjut berkenaan ciri-ciri dan apa yang bakal ditawarkan Honor Ring kelak. Tetapi, ia ditekankan yang mana Honor turut akan memfokuskan kepada ciri kecergasan dan kesihatan melalui cincin pintar ini kelak.
CEO Honor menyatakan mereka akan turut menyertakan integrasi kecerdasan buatan melalui aplikasi kesihatan kelak – sekaligus menawarkan maklumat yang lebih diserasikan untuk seseorang pengguna.
Dengan perkembangan baharu ini, tidak mustahil kita melihat lebih ramai pengeluar turut hadir dengan penawaran cincin pintar pada tahun ini dan tahun hadapan.