Tecno ialah jenama yang baharu sahaja memasuki pasaran Malaysia dengan tumpuan diberikan kepada peranti kelas permulaan yang mampu milik. Kini mereka bersedia untuk melancarkan peranti lebih premium selepas Tecno Camon 30 Premier 5G diperlihatkan semalam.
Peranti ini dilengkapi skrin 6.77″ LTPO 120Hz, dijana cip Dimensity 8200 Ultra, memori 12GB RAM, storan 512GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 70W. Ini dipadankan dengan sistem tri-kamera utama 50+50+50MP. Sensor Sony IMX890 digunakan pada lensa sudut lebar dan terdapat juga sokongan zum periskop. Di hadapan pula sensor 50MP dengan autofokus disertakan.
Bagi memberikan kemampuan fotografi yang tinggi, sistem Tecno PolarAce digunakan pada Camon 30 Premier dengan ia dipadankan dengan ISP Sony CXD5622GG dengan kemampuan 4.6 TFLOP. Satu lagi ciri menarik peranti ini ialah lampu LED merah Action Dot pada bahagian belakang yang menyala apabila rakaman video dilakukan.
Tecno Camon 30 Premier 5G akan dilancarkan pada Q2 2024 oleh itu harga serta di mana ia akan dipasarkan hanya akan diumumkan kemudian.