Vivo hari ini melancarkan sebuah lagi telefon pintar baharu iaitu Vivo Y100 5G yang kini dijual dengan penawaran harga yang mampu milik bagi peranti dalam kelas pertengahan. Peranti ini adalah sebuah lagi pilihan peranti dari Vivo untuk siri Vivo Y mereka. Jika dibandingkan dengan siri Y sebelum ini, pelbagai penambahbaikan telah disuntik menerusi penawaran kali ini dan demikian itu Vivo menggunakan angka 100 sebagai nama penjenamaan model peranti.
Skrin 6.67″ AMOLED dan disokong dengan paparan FHD+ bersama kadar segar semula 80W dan kecerahan puncak yang mencapai 1200 nits bersama kadar segar semula 120Hz. Vivo Y100 ini hadir dengan cip pemproses Snapdragon 4 Gen 2, memori 8GB RAM, storan 256GB dan terdapat memori maya yang boleh ditambah sehingga 8GB.
Terdapat sokongan Wifi, Bluetooth dan menyokong rangkaian 5G. Peranti juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan 80W. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Funtouch OS 14 yang berasaskan kepada Android 14.
Kamera yang terbina pada Vivo Y100 ialah jenis triple kamera dengan 50MP (utama) + 8MP (ultra lebar) dan kamera hadapan 8MP untuk swafoto dan panggilan video.
Reka bentuk peranti adalah salah satu kepada ciri penarik kepada peranti dimana ia didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Purple Leather dan Crystal Black. Menariknya, panel tubuh belakang peranti memiliki teknologi ‘anti-stain coating’ dengan binaan ‘ecofiber leather’ yang menjadikannya tidak mudah kotor serta senang untuk dibersihkan. Ciri kalis air IP54 juga tersedia.
Vivo Y100 telah mula dipasarkan dan kini boleh dibeli dengan harga yang bermula dari RM1199. Menerusi pembelian hingga 28 Mac, pembeli akan menerima hadiah menarik seperti earbuds dan Vivo Care 1+1 tahun tempoh jaminan yang dipanjangkan bernilai sehingga RM298.