Carian
Samsung Knox Akan Ditawarkan Pula Pada TV Pintar
February 28, 2024 Effi Saharudin

Sistem penyulitan data Samsung Knox diperkenalkan oleh Samsung pada telefon pintar sebelum dikembangkan kepada tablet. Dengan Knox, Samsung memberikan kelegaan kepada pengguna bahawa data dalam peranti adalah selamat daripada intipan. Hari ini Samsung mengatakan Knox akan ditawarkan juga pada televisyen pintar 2024 yang bakal dilancarkan.

Knox baru sahaja menerima pensijilan Common Criteria (CC) yang diiktiraf di 31 negara untuk menilai integriti keselamatan produk IT. Samsung kini telah mencapai pensijilan CC selama 10 tahun berturut-turut untuk Samsung Knox.

Pensijilan CC mengesahkan Samsung Knox boleh mengesan percubaan mengoodam secara masa nyata pada sistem operasi Tizen OS. Ia juga melepasi piawaian kemampuan menghalang sebarang percubaan phishing apabila pelayar web digunakan pada TV. Akhir sekali Knox mempertahankan maklumat peribadi pengguna menerusi sambungan Samsung Knox Vault.

TV pintar Samsung untuk tahun 2024 telah diperlihatkan di CES. Secara lazimnya ia akan mula dipasarkan pada H2 2024.

Komen