Carian
PADU Menafikan Pangkalan Data Digodam Oleh R00tk1t
February 28, 2024 โ€ข Nazrin

Pada awal bulan Februari ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan pengumuman daripada kumpulan penggodam R00tk1t yang mengatakan bahawa mereka telah berjaya menggodam pangkalan data PADU, walaupun selepas itu ia disahkan bahawa sebenarnya dicuri daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negaraย (LPPKN).

Baru-baru ini, R00tk1t mengatakan bahawa mereka masih telah berjaya mencuri data Padu, dan telah mengambil tangkapan layar yang mengandungi maklumat peribadi tentang Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang terkandung didalam pangkalan data PADU.

Malah, kumpulan penggodam tersebut mengatakan bahawa mereka akan memulakan bidaan untuk data PADU ini pada harga permulaan $50 ribu (~RM240 ribu) bagi sesiapa yang berminat untuk membelinya.

Akan tetapi, PADU juga telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa dakwaan R00tk1t yang mengatakan bahawa mereka mempunyai salinan pangkalan data mereka adalah palsu, dan untuk tidak mempercayai kumpulan penggodam tersebut. Malah, tangkapan layar yang diperlihatkan tidak didapati daripada pangkalan data PADU.

Menariknya setakat ini tiada sebarang pihak lagi yang mengatakan apa-apa mengenai pangkalan data 27TB yang digodam oleh kumpulan sama sebelum ini, kecuali untuk Menteri Digital Gobind Singh Deo mengatakan bahawa kementeriannya sedang menyiasat insiden ini, dan akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat.

Komen