Vivo 30 Pro dilancarkan secara rasmi dengan peningkatan menarik. Ini boleh dilihat melalui sokongan kamera ZEISS sekaligus menjadikannya antara peranti Vivo terawal selain siri X yang menyokongnya.

Berkongsi lebih lanjut peranti menggunakan skrin AMOLED FHD+ 120Hz sebesar 6.78-inci. Diikuti juga cip Dimensity 8200, memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 3.1 sebagai tunjang utama.
Tri-sensor 50MP juga disediakan yang menyokong sensor utama dengan OIS, sudut-lebar dan potrait. Kamera swafoto juga sebesar 50MP yang menyokong auto-fokus.Turut disertakan ialah sokongan Aura Light menerusi lampu terbina di belakang peranti yang sudah menjadi ciri unik menarik sejak model V27.

Bateri 5,000mAh digunakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan pantas 80W. Lain-lain spesifikasi termasuk NFC, bluetooth 5.3, kalis air IP54 dan menjalankan Funtouch OS 14 (berasaskan Android 14).