Carian
Iklan Di Telegram Channels Meluas Bermula Mac 2024 – Telegram Akan Berkongsi Pendapatan Bersama Pemilik Saluran
February 28, 2024 Aman

Telegram kini berkongsi yang mana bermula bulan Mac 2024, pihak Telegram akan berkongsi pendapatan bersama pemilik Telegram Channels. Langkah ini selari dengan pengenalan Telegram Ad Platform di sejumlah besar negara bermula Mac 2024 ini.

Telegram menyatakan perkongsian di Telegram Channels menjana lebih 1 trilion paparan setiap bulan, sekaligus memperlihatkan potensi yang besar dalam melakukan pemasaran menggunakannya. Telegram memaparkan iklan kecil dalam bentuk mesej pada penghujung sesuatu Telegram Channels.

Melalui perkongsian pendapatan, Telegram menyatakan akan berkongsi sehingga 50% pendapatan yang dijana oleh sesuatu Telegram Channels melalui paparan pengiklanan.

Pada masa yang sama, mereka turut akan menggunakan pembayaran melalui rantaian blok TON untuk tujuan ini. Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri ini, dan bagaimana reaksi para pengguna apabila bermulanya pengiklanan di Telegram kelak.

Komen