Cari @ Amanz

WhatsApp hari ini mengumumkan pengenalan sokongan carian mesej pada aplikasi permesejan berkenaan, mengikut tarikh. Melalui langkah ini, pengguna boleh memilih sebarang perbualan, dan seterusnya melihat mesej pada sesuatu tarikh dengan mudah.

Untuk mengaksesnya, pilih sebarang perbualan di WhatsApp, seterusnya tekan pada nama, pilih ikon carian, dan seterusnya pilih tarikh mana yang anda ingin melihat sesuatu mesej.

WhatsApp menyatakan langkah ini memudahkan lagi proses carian, selain membolehkan pengguna melihat perkongsian mesej pada sesuatu hari dengan lebih mudah.

Ciri ini telah tersedia pada iPhone, WhatsApp Web dan juga WhatsApp Desktop. Sokongan sama sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna Android bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd