Cari @ Amanz

Bitcoin kini memperlihatkan peningkatan nilai secara mendadak, sekaligus hari ini melangkaui nilai 1 Bitcoin bersamaan dengan RM301,000. Peningkatan nilai ini dikatakan selari dengan peningkatan pelaburan ETF, selain Bitcoin “halving” yang menyusul sekitar April kelak.

Melalui “halving”, ia akan mengurangkan pengeluaran Bitcoin sebanyak separuh, sekaligus membuatkan permintaan akan lebih tinggi jikalau dibandingkan dengan biasa, membawa kepada peningkatan harga yang lebih tinggi untuk setiap Bitcoin.

Proses ini telah dikodkan pada pembangunan Bitcoin sendiri, sekaligus akan mengurangkan hasil pengeluaran aktiviti perlombongan Bitcoin.

Beberapa penganalisa juga turut menyasarkan yang mana ia akan mencapai nilai lebih tinggi tidak lama lagi, sekaligus mungkin memecahkan rekod nilai paling tinggi yang pernah dicapai Bitcoin.

Selari peningkatan nilai Bitcoin ini juga, pelbagai kriptowang lain turut menerima tempias dan memperlihatkan peningkatan nilai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd