WhatsApp menawarkan rekaan antaramuka yang sedikit berbeza antara pengguna Android dan juga iPhone. Melalui kemaskini terbaru, WhatsApp dilihat mula menawarkan rekaan antaramuka dengan penggunaan elemen-elemen berwarna hijau untuk pengguna iPhone – lebih kurang sama seperti di Android.

Dengan langkah ini, pelbagai notifikasi dan elemen pada aplikasi permesejan WhatsApp di iPhone kini berubah daripada warna kebiasaan di iPhone kepada warna hijau. Perkara ini sekaligus membawa reaksi berbeza dikalangan pengguna.
Sejumlah pengguna dilihat terkejut dengan perubahan ini, dan ada yang tidak menyukai perubahan penggunaan warna elemen hijau pada iPhone ini – berbanding warna gabungan biru dan merah sebelum ini.
Ia tidak diketahui sama ada WhatsApp akan mengekalkan penggunaan elemen berwarna baru ini, sekaligus menyelarikan ia dengan pengguna di Android – atau akan mengubah kembali ke warna asal selepas pelbagai reaksi pengguna berkenaan dengannya.