Carian
Cip MediaTek Helio G91 Diumumkan Untuk Peranti Permulaan
February 29, 2024 Effi Saharudin

Agak aneh semalam MediaTek melancarkan sebuah cip baharu yang menyasarkan penggunaan pada pernati kelas permulaan 4G. MediaTek Helio G91 ialah kemas kini untuk cip Helio G88 tetapi mengekalkan penggunaan CPU 2x Cortex-A75 dan 6x Cortex55 yang dipadankan kepada GPU Mali G52 MC2 serta teknologi 12nm.

Perubahan hanya dilakukan pada cip pengimejan ISP. Ini memberikannya keupayaan untuk menyokong kamera utama sehingga 108MP yang semakin popular penggunaannya pada peranti mampu milik. Memori yang disokong ialah 8GB LPDDR4x dan storan pula eMMC 5.1. Skrin pula sehingga FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.

Kerana teras yang sudah amat berusia, G91 besar kemungkinan hanya akan digunakan pada peranti bawah RM800 sebuah. Cip Helio G99 sebelum ini menjadi pilihan peranti mampu milik yang tidak memberikan kompromi yang besar pada prestasi. Ia dilengkapi teras Cortex-A76 yang lebih berkuasa.

Komen