Carian
Meta Dijangka Perkenal Model Bahasa Raya LLaMA 3 Menjelang Julai
February 29, 2024 Aman

Meta mempunyai model bahasa raya untuk kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan LLaMA (Large Language Model Meta AI). Model terkini yang ditawarkan adalah LLaMA 2, yang disediakan dalam bentuk terbuka untuk untuk tujuan kajian mahupun komersial, sekaligus memperlihatkan beberapa syarikat mengintegrasikan pada produk masing-masing.

Terbaru, ia dilaporkan Meta merancang untuk memperkenalkan model kemaskini untuknya, iaitu LLaMA 3 menjelang Julai 2024 kelak. Melaluinya, ia dijangka memberikan respon yang lebih baik kepada pelbagai persoalan yang ditanya pengguna.

Pada hari ini, LLaMA 2 tidak menjawab pelbagai persoalan yang dianggap kontroversi atau berbahaya. Sebagai contoh, ia tidak boleh menjawab soalan “bagaimana mematikan kenderaan” kerana perkataan “mati” dianggap negatif dan bahaya. Namun, melalui model LLaMA 3 kelak, ia dijangka akan memahami konteks berkenaan, dan memberikan maklumbalas baik kepada pengguna.

Disamping ini, Meta juga kini pada peringkat ujian integrasi bot perbualan Meta AI pada beberapa aplikasi mereka, termasuk WhatsApp. Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri berkenaan akan diperkenalkan meluas kepada semua pengguna seluruh dunia.

Komen