Carian
Surina Shukri, Bekas CEO MDEC Meninggal Dunia
February 29, 2024 Aman

Surina Shukri, bekas CEO MDEC telah meninggal dunia pada awal pagi ini. Surina Shukri sebelum ini telah menerajui MDEC sejak 2019, dan menyumbang dalam pembangunan sejumlah agenda digital kebangsaan.

Sebelum menyertai MDEC, beliau telah bertugas sekitar 17 tahun dalam bidang perbankan dan pelaburan, termasuk di JPMorgan Chase & Co. Pada 2018, beliau meninggalkan syarikat JP Morgan Chase, dan memulakan syarikat SheNovation Ventures dalam memfokuskan khidmat nasihat melibatkan teknologi kewangan dan rantaian-blok, sebelum pada 2019 menjadi CEO MDEC.

Selepas MDEC, beliau turut terlibat dalam beberapa syarikat, termasuk Capital A dan juga CIMB.

Komen