Cari @ Amanz

Penganalisa Ming-Cho Kuo hari ini melaporkan sambutan orang ramai terhadap Apple Vision Pro adalah lebih tinggi daripada jangkaan asal Apple. Apple dipercayai kini menyasarkan sehingga 250,00 unit Vision Pro akan dijual sepanjang 2024 berbanding ramalan asal sekitar 200,000 unit sahaja sebelum ini.

Kuo turut berkata beliau percaya Apple akan mengumumkan jualan Vision Pro ke lebih banyak pasaran akan diumumkan ketika acara WWDC kelak. Pada waktu yang sama beliau yang memetik sumber dalaman mengatakan hanya 1% Vision Pro dipulangkan semula oleh pelanggan yang membeli. Daripada jumlah ini, 20-30% memulangkan semula set kepala perkomputeran spatial ini kerana tidak tahu bagaimana ingin mula menggunakannya.

Pada ketika ini Apple Vision Pro hanya dijual di Amerika Syarikat sejak Januari. Ia dengan segera tular di media sosial apabila ada pemilik yang memakainya ketika berjalan dan di kawasan awam. Di Malaysia ada yang sanggup berbelanja sehingga RM25,000 semata-mata ingin menjadi pengguna paling awal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd