Cari @ Amanz

Hari ini CelcomDigi melancarkan beberapa pelan prabayar 5G baharu dengan dua “perisa” berbeza yang boleh dipilih oleh pelanggan. CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru dan CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Kuning masing-masing bermula daripada RM25 dengan perbezaan terletak pada kuota data serta kelajuan yang boleh dinikmati.

Kedua-dua pelan ini boleh dilanggan bermula esok 1 Mac. CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru menawarkan internet tanpa had (bermula 1Mbps) dan kuota data sehingga 55GB internet halaju tinggi 4G/5G. Pada waktu yang sama data 3GB untuk hotspot juga disertakan. Pelan CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru bermula daripada RM25 sebulan.

CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Kuning menawarkan kuota data sehingga 75GB untyk 4G/5G serta 6GB untuk hotspot sehingga kelajuan 100 Mbps. Pelan CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Kuning juga bermula daripada RM25 sebulan. Pada kedua-dua pelan pelanggan turut boleh melakukan panggilan telefon tanpa had.

Disamping itu CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru menawarkan berkas khas penstriman berharga RM44 sebulan untuk mengakses Viu Premium dan RM47 sebulan untuk mengakses iQIYI. Berkas ini hadir dengan internet tanpa had, kuota data 55GB 4G/5G dan hotspot 3GB pada kelajuan 100Mbps. Untuk maklumat lanjut sila ke laman CelcomDigi hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd