Stesen MRT TRX Kini Dijenamakan Sebagai “Stesen MRT TRX Samsung Galaxy”
Nazrin
Stesen MRT Tun Razak Exchange di laluan MRT Kajang hari ini telah diambil-alih dan dijenamakan semula sebagai Stesen MRT TRX Samsung Galaxy secara rasminya, menjadikan stesen ini bukan sahaja stesen pertukaran MRT terbesar di Malaysia, tetapi juga sebagai lokasi pemasaran jenama Samsung yang paling gah di negara ini.

Merasmikan penjenamaan-semula stesen ini adalah Denny Kim (Presiden Samsung Malaysia), Elaine Soh (Ketua Pegawai Pemasaran) dan Kevin Kim Tae Hoon (Pengarah Perniagaan Mobile eXperience) dari Samsung Malaysia. Mereka disertai oleh Datuk Mohd Zarif Hashim (Ketua Pegawai Eksekutif), En Shahrul Fadli Omar (Ketua Pegawai Kewangan) dan Schrene Goh (Ketua Pegawai Komersil) dari Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).





Sebagai tanda penghargaan untuk para pelanggan Samsung Malaysia, para pengguna siri peranti pintar Samsung Galaxy boleh menebus kredit TnG eWallet sebanyak RM5 di Samsung Experience Store @ The Exchange TRX secara percuma.