Tecno Megabook T16 Pro 2024 Ultra diumumkan secara rasmi di MWC 2024. Seperti kebanyakan komputer riba terkini, ia juga menawarkan CPU Intel-Core Ultra dengan teras AI terbina. Bonusnya lagi apabila Tecno PC Manager juga disediakan yang mengintegrasikan AI daripada pemproses untuk meningkatkan produktiviti.

Memori disediakan pula sehingga 32GB LPDDR5 RAM dengan padanan storan sehingga 1TB PCIe 4.0 SSD. Dalam masa sama turut memuatkan Dual Shark Thread Fan Cooling System dengan kemampuan pelepasan haba lebih cekap. Bateri 99.99Wh disertakan pula mampu bertahan sehingga 22 jam dan dicas semula melalui pengecasan pantas 100W.

Seperti namanya skrin adalah sebesar 16-inci dengan resolusi 2.5K. Ia juga menawarkan kemampuan gamut warna 100% sRGB dengan kecerahan 400 nits. Tecno bagaimanapun belum mendedahkan maklumat harga dan kertesediaan komputer riba.