Carian
Ciri Penstriman Video Kembali Ke X Menerusi Space
February 29, 2024 Effi Saharudin

Pernah suatu ketika ciri penstriman langsung di Twitter boleh dilakukan menerusi Periscope tetapi ia dimatikan pada Mac 2021. Dengan penstriman kini kembali popular, X hari ini mengembalikan sokongan penstriman video menerusi Space.

Pada waktu ini ciri penstriman video menerusi Space ini hanya boleh digunakan pengguna aplikasi X versi iOS sahaja. Tekan ikon Space dalam aplikasi dan akan terdapat pilihan “Enable video” untuk menstrim video. Selepas tajuk Spaces ditulis, tekan sahaja bukan Next untuk memulakan penstriman.

Seperti penstriman audio sebelum ini, pengguna juga diberikan pilihan untuk merakam sesi penstriman video yang kemudian boleh dikongsi semula untuk tontonan semula. Dalam percubaan kami tadi penstriman agak lancar tanpa sebarang isu tetapi terdapat laporan daripada pengguna lain yang mengatakan penstriman mereka tersekat-sekat.

Komen