Carian
Kami Menguji Pelan U Biz – Ini Pendapat Kami Dan Mengapa Bisnes Anda Perlukannya
February 29, 2024 Syafia Hani

Apabila memasuki alam pekerjaan, kadang kala ia memerlukan kita untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Ada yang di dalam negara, ada juga di luar negara. Sambungan internet yang baik merupakan satu keperluan bagi kita semua untuk membantu produktiviti harian ketika bekerja di luar daripada pejabat.

Jadi, sebagai sebuah syarikat, sudah tentu pihak pengurusan mahu meminimumkan kos pengurusan tetapi dalam masa yang sama masih dapat meningkatkan produktiviti kita semua. Oleh sebab itulah, kita memerlukan satu pelan yang menyeluruh untuk membantu produktiviti harian tanpa mengira dimana pun kita berada, pada bila-bila masa. Jadi, kali ini kami memilih untuk menguji sendiri pelan U Biz daripada U Mobile untuk ketahui bagaimana prestasinya dalam membantu produktiviti kerja kita semua. 

Pengalaman Penggunaan Pelan U Biz 98 

Kami telah membuat ujian kelajuan bagi pelan internet U Biz 98 menerusi Ookla yang mana kelajuan muat turunnya adalah sekitar 150.90 Mbps sehingga 531.45 Mbps untuk kawasan sekitar Lembah Klang. Apabila bekerja di luar, tugasan kami juga bukan sekadar menulis artikel, kerana kadang kala kami juga perlu mengambil gambar atau video untuk dihantar kepada rakan sekerja kami di pejabat. Selepas mencubanya, hasilnya agak mengejutkan kerana prestasinya agak laju, dimana proses muat turun fail bersaiz 17MB boleh diselesaikan dalam masa yang singkat sahaja, iaitu dalam tempoh sekitar 5 saat. 

Manakala untuk  proses memuat naik fail untuk saiz yang sama, masa yang diambil hanyalah selama sekitar 20 saat sahaja. Kami juga telah mencuba untuk memuat naik fail video berdurasi 6 minit bersaiz 907MB yang mana prosesnya mengambil masa sehingga 4 minit 20 saat, manakala untuk proses memuat turun fail yang sama, ia mengambil masa 3 minit 22 saat sahaja. Jadi, melalui prestasinya yang sebegini, tentu anda boleh bayangkan tentang bagaimana ia boleh membantu produktiviti seharian kita, bukan?

Jika perlu menyemak kualiti video yang diberi oleh rakan sekerja di pejabat, tontonan video juga berjalan dengan lancar dan tidak tersekat sekat, walaupun anda berada dalam pengangkutan awam yang sentiasa bergerak. Untuk bermain permua pula, kadar pendam (latency) juga agak rendah, iaitu serendah 27ms dan memberikan pengalaman permainan yang stabil serta mampu memberi keseronokan tanpa sebarang masalah lengah masa. 

Dari segi perayauan internet pula, kami sudahpun membuat ujian dan semakan dari segi prestasi perayauan internet U Mobile di luar negara, seperti di Bali, Dubai, Thailand dan juga Filipina. Ujian kelajuan internet yang kami gunakan di sini adalah Speedtest by Ookla. Daripada ujian yang dilakukan, prestasinya agak bagus untuk perayauan yang mana anda boleh lihat sendiri bagaimana prestasi perayauannya di negara-negara yang telah kami jejaki dibawah : 

Nama Tempat, Negara Kadar Kelajuan Muat Turun 
Dubai, UAE278Mbps
Bali, Indonesia31.8Mbps
Koh Lipe, Thailand116Mbps
Manila, Filipina38.9Mbps
Hatyai, Thailand124Mbps
Sans Francisco, California128Mbps

Kenapa Anda Perlu Memilih U Biz Daripada U Mobile? 

Dalam banyak-banyak pilihan telco yang ada di pasaran Malaysia, mengapa kami memilih untuk mencuba pelan U Mobile Biz? Ini adalah kerana, jika dibandingkan dengan penawaran syarikat telekomunikasi yang lain, penawaran daripada U Mobile Biz boleh dikatakan agak mampu milik dan berbaloi untuk dilanggan oleh sesebuah perniagaan. Mengapa kami berkata begitu? 

Ini kerana U Mobile Biz biasanya menawarkan kuota internet yang berbaloi dengan harganya, iaitu bermula 120GB sehinggalah 1,000GB dan tiada kontrak. Tambahan lagi kuota internet utamanya boleh dikongsikan sehingga ke 6 talian tambahan U BizShare dan hanya perlu membayar RM38 sahaja untuk setiap talian tambahan tersebut. Jadi anda boleh pilih pelan dan berapa talian yang anda perlukan bergantung kepada kesesuaian saiz perniagaan anda.

Kuota 1TB ini bukan hanya tersedia untuk rangkaian 4G sahaja, malah anda juga boleh menikmati rangkaian 5G secara meluas, sama ada di dalam atau di luar negara. Panggilan tanpa had untuk penggunaan di dalam negara, dan panggilan masuk di luar negara juga adalah percuma. Hotspot juga boleh dikongsikan daripada kuota internet 1TB yang anda langgan dengan harga langganan hanya RM98 sahaja. Lebih jimat, lebih produktif, lebih berbaloi. Ini sekaligus boleh membantu kita untuk kekalkan momentum produktiviti harian walaupun di luar kerana pelan ini boleh membuat hotspot tanpa had dan perayauan secara percuma tanpa sebarang kos tambahan.

Mana tidaknya, jika sebelum ini kalau kita bekerja di luar negara, kita perlu membeli kad sim luar negara untuk kekal berhubung dengan rakan kerja di Malaysia. Hal ini akan memakan sedikit kos perbelanjaan kerana syarikat perlu biaya perbelanjaan ini bagi setiap individu yang terlibat jika kita membeli pelan secara individu. Ditambah pula ia agak merugikan kerana selepas kembali ke Malaysia, kad sim luar negara itu tidak akan digunakan semula, melainkan ada rakan sekerja yang akan ke negara yang sama dalam masa terdekat. 

Oleh itu jangan risau, isu ini dapat diselesaikan jika syarikat anda melanggan pelan U Biz. Ini kerana pelan ini membolehkan anda membuat perayauan secara percuma untuk sehingga 63 destinasi yang terpilih. Malah jika anda mempunyai perniagaan dan ingin melanggan pelan ini, dalam yang sama memerlukan telefon pintar untuk kegunaan syarikat, U Mobile juga menawarkan telefon pintar 5G yang terkini untuk anda. 

Tetapi anda tidak perlu risau dari segi pembayaran telefon pintar ini kerana U Mobile memberi fleksibiliti dari segi pembayarannya. Jika anda melanggan pelan U Biz 68, anda boleh dapatkan penjimatan berganda melalui program U SaveMore. Manakala jika anda melanggan pelan U Biz 98, anda boleh membuat pembayaran secara ansuran melalui program U PayLater dan tiada kadar faedah yang dikenakan untuknya. 

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, jika anda mempunyai perniagaan dan sentiasa memerlukan sambungan internet yang baik setiap masa untuk kekalkan momentum produktiviti harian, U Mobile adalah salah satu pelan internet yang anda boleh pertimbangkan. Sebab utama mengapa anda perlu melanggan pelan U Biz ini adalah kerana kuota internet yang ditawarkan adalah berbaloi dengan harga langganannya dan talian pula boleh dikongsi ke sehingga 6 talian tambahan. 

Jika anda mempunyai perniagaan kecil persendirian, anda boleh melanggan pelan U Biz 38. Melalui pelan ini, kuota internet 4G dan 5G boleh digunakan secara maksimum sehingga 120GB dan anda boleh berkongsi sebahagian daripada data internet berkelajuan tinggi ini melalui Ultra Hotspot 5G daripada kuota data yang ditawarkan. Panggilan juga adalah tanpa had untuk semua rangkaian. 

Namun sekiranya anda mempunyai perniagaan untuk dua orang pekerja sahaja, bolehlah melanggan pelan U Biz 68, dan hanya perlu tambahkan talian tambahan U BizShare sahaja. Jika perlukan peranti untuk pekerja anda, boleh menikmati potongan harga untuk peranti yang U Mobile sediakan melalui program U SaveMore. Kuota yang ditawarkan adalah 300GB untuk rangkaian 5G dan 4G. Panggilan adalah tanpa had untuk semua rangkaian dan boleh juga berkongsi internet melalui Ultra Hotspot 5G daripada kuota internet pelan ini. Kuota perayauan juga akan diambil melalui kuota internet yang ditawarkan dan anda boleh membuat perayauaan di Singapura, Indonesia dan Thailand. Panggilan masuk untuk 3 negara ini juga adalah percuma. 

Namun, jika mahukan yang lebih berbaloi dan ingin rasai pengalaman menggunakan rangkaian 5G daripada U Mobile secara menyeluruh, bolehlah melanggan pelan U Biz 98. Harga asal untuk pelan ini adalah RM98/bulan. Namun, sekiranya anda ingin sambungkannya dengan 5 talian tambahan untuk perniagaan anda, anda hanya perlu membayar RM50 sahaja setiap bulan untuk kelima-lima talian ini. Melaluinya, anda boleh menikmati kuota internet sehingga 1TB bagi setiap talian dan telefon 5G secara percuma serta pelbagai penawaran yang membuatkan langganan anda lebih berbaloi. Jadi bagaimana? Berbaloi bukan? Jika anda merasakan pelan U Biz ini sangat berbaloi untuk dilanggan, anda boleh ke cawangan U Mobile terdekat untuk mendaftar langganan dan nikmati penjimatan berganda serta produktiviti yang menyeluruh untuk perniagaan anda sekarang. 

Penafian : Advertorial daripada U Mobile

Komen