Siri Realme 12 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebulan selepas ia dilancarkan di India. Peranti memberikan tumpuan kepada rekaan premium bergaya dengan prestasi fotografi yang memuaskan. Kita mulakan dahulu dengan Realme 12 Pro+ 5G menampilkan kemasan anggun dan estetik yang rapi dengan kerjasama pereka jam tangan mewah antarabangsa iaitu Ollivier Savéo.

Realme 12 Pro+ 5G dilengkapi skrin 6.7-inci beresolusi 2412 x 1080 (FHD+) dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 67W. Sistem operasi pula ialah Realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.

Seterusnya sensor utama lensa sudut lebar 50MP Sony IMX890 dengan OIS digunakan. Diikuti pula sensor periskop potret 64MP (OmniVision OV64B) dan ultra-lebar sebesar 8MP sebagai pelengkap. Rakaman video maksimum 4K/30fps ditawarkan pada peranti, selain juga terdapatnya kamera swafoto sebesar 32MP.


Peranti juga boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Submarine Blue dan Navigator Beige. Digabungkan pula dengan panel belakang berasaskan kulit bersama modul kamera berbentuk bulat. Modul kamera ini telah direka semula oleh Saveo bagi menjadikannya nampak seperti kerangka jam tangan.

Sementara itu Realme 12+ 5G dilengkapi skrin 6.7-inci beresolusi 2412 x 1080 (FHD+) dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 7050, memori 12GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 67W. Sistem operasi pula ialah Realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.

Seterusnya sensor utama lensa sudut lebar 50MP Sony LYT-600 dengan OIS digunakan. Diikuti pula lena ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Di hadapan pula kamera swafoto 16MP pula digunakan. Maka perbezaan antara kedua-dua model terletak pada cip pemproses dan konfigurasi kamera

Di Malaysia Realme 12 Pro+ 5G dijual pada harga RM1699 untuk model 8/256GB dan RM2099 untuk model 12/512GB. Sementara itu Realme 12+ 5H pula dijual pada harga RM1499. Sempena jualan Festival 3.3 kelak, Realme 12 Pro+ 5G (8/256GB) boleh dibeli pada harga promosi RM1599. Selain itu Realme juga menawarkan promosi dengan hadiah menarik seperti yang dapat dilihat di bawah.
Peranti Dan Konfigurasi | Harga | Promosi Jualan Awal (1 Mac – 14 Mac) | ||
Stor rasmi Shopee, Lazada and TikTok Stores | Stor jenama Realme dan pengedar sah | |||
Realme 12 Pro+ 5G (Submarine Blue, Navigator Beige) | 8GB+256GB | RM1,699 | Harga 3.3 Festival RM1,599 Harga biasa: RM1,699 Hadiah Percuma: Jaminan tambahan 1 tahun | N/A |
12GB+512GB | RM2,099 | Hadiah Percuma: Techlife Smartwatch T17C, Techlife X60 Earbuds, Jaminan tambahan 1 tahun | Hadiah Percuma: Techlife X60 Earbuds, Jaminan tambahan 1 tahun | |
Realme 12+ 5G (Pioneer Green, Navigator Beige) | 12GB+256GB | RM1,499 | Hadiah Percuma: Techlife Smartwatch T17C, Techlife Wireless Earbuds, Jaminan tambahan 1 tahun | Hadiah Percuma: Techlife Wireless Earbuds, Jaminan tambahan 1 tahun |