Malaysiakini Menamatkan Penawaran Aplikasi Mudah-Alih
Aman
MalaysiaKini kini memaklumkan para pelanggan mereka, menyatakan aplikasi mudah-alih di Android dan iPhone tidak lagi akan disokong. Sebaliknya, pengguna diminta mengakses MalaysiaKini pada peranti mudah-alih melalui pelayar web.

MalaysiaKini menyatakan akan menamatkan aplikasi mudah-alih mereka ini pada Mac 2024. Sebab disebalik penamatan tidak dinyatakan. Mengikut penyenaraian di Google Play Store, ia memperlihatkan aplikasi MalaysiaKini telah dimuat-turun lebih 50,000 kali.
Bagi pembaca tegar MalaysiaKini, sebagai alternatif untuk aplikasi, anda turut boleh menambah akses pantas dari pelayar web ke skrin utama telefon anda, melalui ciri “Add to Home Screen” menggunakan pelayar web pada peranti masing-masing.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.