Cari @ Amanz

Meizu 21 Pro telah dilancarkan sebagai telefon mercu baharu di China. Ia dilengkapi tubuh yang keseluruhannya rata mirip sebuah Meizu 21 sebelum ini. Digabung juga dengan tiga kamera di belakang bersama LED RGB yang melengkapinya. Meizu 21 Pro juga boleh didapati dalam warna Starry Night Black, Meizu White dan Glacier Blue bersama panel belakang kaca, serta Laurel Green pula dengan panel belakang kulit palsu.

Untuk spesifikasi ia menampilkan skrin BOE LTPO 120Hz sebesar 6.79-inci dengan resolusi 2K. Skrin juga menawarkan nisbah aspek 21:9 dan kecerahan puncak mencapai 1250 nits, di samping fungsi PWM Dimming 2,160Hz yang sepatutnya bantu melindungi mata. Turut disertakan ialah pengimbas cap jari jenis ultrasonik yang juga dikatakan boleh digunakan untuk mengira degupan jantung.

Seterusnya memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM dan storan dalaman 1TB UFS 4.0 turut disertakan yang melengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3 untuk tunjang utama. Bateri 5,050mAh digunakan pula boleh dicas semula menggunakan port USB-C dan pengecasan pantas 80W, nirwayar 50W serta berbalik 10W.
Selain itu kamera kamera utama 50MP dengan OIS + EIS, lensa sudut ultra lebar 13MP, kanta telefoto 10MP, dan 3D ToF dengan sokongan untuk rakaman video 8K turut melengkapinya. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP.

Peranti juga kalis air IP68, selain turut menjalankan Meizu Flyme 10.5 baharu dengan fungsi kecerdasan buatan dan pembantu digital Aicy. Melaluinya peranti dapat memberikan ringkasan panggilan, mengenali teks dalam foto, mengeluarkan objek dari imej, membuat ringkasan untuk artikel panjang, membantu memilih frasa yang betul sebagai tindak balas kepada mesej dan sebagainya.

Harga jualan peranti bermula RMB4,999 (~RM3,297) untuk versi 12/256GB, RMB 5399 (~RM,3,561) (16/512GB) dan RMB 5,899 (~RM3,890) (16GB/1TB).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd