Cari @ Amanz

Lazada Umum Pengenalan Caj SST 8% Berkuat-kuasa Hari Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Lazada Malaysia kini mengumumkan mereka telah mula mengimplementasi caj cukai perkhidmatan sebanyak 8% berkuat-kuasa hari ini, 1 Mac 2024. Ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 2% berbanding 6% sebelum ini – selari dengan pengumuman kerajaan ketika Belanjawan 2024.

Lazada menyatakan caj perkhidmatan ini akan dikenakan ke atas yuran transaksi, yuran komisyen penggunaan Lazada, dan juga sebarang yuran melibatkan program promosi oleh seseorang penjual.

Selain Lazada, sebelum ini Shopee dan TikTok Shop turut telah mengumumkan implementasi caj sama, yang turut akan dikuat-kuasakan hari ini, 8%.


Komen ()