Carian
ColorOS 14 Mudahkan Cara Anda Menggunakan Peranti Dalam Hal Tertentu – Menangi OPPO Reno11 Pro
March 1, 2024 Amy Maizuraa

Sejak pengenalannya pada 2013, ColorOS kini mempunyai lebih daripada 600 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Ia memiliki daya penarik tersendiri yang memberi keutamaan kepada antaramuka pengguna dan fungsi. Selain dapat membangunkan interaksi sosial yang baik dalam memudahkan berbagai aspek kehidupan seharian kita.

Perkara ini boleh dilihat melalui pelbagai ciri menarik disediakan melalui pelancar baharu ColorOS 14 berasaskan Android 14. Mari kita terokai lebih lanjut mengenai keunggulan dan kemaskini disediakan supaya anda dapat memahami dengan jelas apa yang ditawarkan oleh pelancar baharu ini.


Antaramuka Lebih Ringkas 

Selamat datang ke era teknologi AI, di mana pelancar baharu OPPO ini bukan sahaja dapat mengukuhkan pengalaman pengguna tetapi juga mengubah kebiasaan. Dapat dilihat ColorOS 14 menawarkan antaramuka lebih ringkas bersama ciri pintar berkuasa AI. Dalam masa sama menyediakan keupayaan yang luas dari segi fleksibiliti untuk mengubah antaramuka sistem dan pengalaman pengguna seperti yang dikehendaki. 

Rekaan Aqua Dynamics masih menjadi ‘landasan’ utama dan kali ini diberi nafas baharu supaya mampu berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Melaluinya sistem warna kini dinaiktaraf dengan kebolehan penyesuaian mengikut status, masa dan kandungan pada skrin semasa. Selain itu OPPO juga telah bekerjasama dengan professional bagi menyediakan pilihan audio bersama kesan bunyi terbaik pada ColorOS 14. Ini termasuk sepuluh set nada dering bertemakan Aqua Morphic untuk panggilan, penggera dan pemberitahuan. Ia turut bertambah baik dengan sistem Always-On-Display yang turut diberi pilihan Go Green bertujuan memberi kesedaran tentang perubahan iklan dan perlindungan alam sekitar.

Kemudian terdapat ciri juga Aqua Dynamics baharu untuk pengalaman interaksi lebih menarik, di mana pelbagai maklumat boleh diakses menerusi gelembung/kapsul pada status bar. Ia dikhususkan untuk kegunaan aplikasi Grab Ride, yang membolehkan pelbagai maklumat penting diakses secara mudah tanpa perlu membuka aplikasi. Ini termasuk butiran mengenai jenis kenderaan dan anggaran masa perjalanan untuk pengambilan serta ketibaan, kesemuanya boleh dipaparkan dalam Aqua Dynamics ini.


Ciri Pintar Berasaskan AI

Dalam ColorOS 14 juga pengguna boleh menikmati pelbagai ciri pintar berkuasa AI yang bantu meningkatkan kecekapan dalam tugas harian. Misalnya seperti Smart Touch berkuasa AI yang membolehkan pengguna memilih kandungan seperti teks, imej dan video daripada sistem atau aplikasi pihak ketiga dengan mudah melalui satu ketukan.

Kemudian mengumpulnya pula ke dalam File Dock secara drag and drop. Sebaik sahaja dikumpulkan di dalam File Dock, pengguna turut boleh memilih item berbeza yang disimpan tadi untuk dipindahkan ke aplikasi yang menyokong menggunakan gerak isyarat meleret pula.

Mengulas lanjut mengenai File Dock, ianya terbina pada Smart Sidebar yang juga memudahkan perkongsian kandungan merentas aplikasi melalui Split Screen atau Floating Windows itu sendiri. Perlu dinyatakan bahawa setiap kandungan boleh disimpan secara automatik di dalam File Dock, selain juga boleh dikongsi merentasi peranti yang berbeza seperti telefon pintar dan tablet untuk meningkatkan produktiviti melalui proses log masuk ke akaun yang sama.

Seterusnya fungsi Smart Image Matting pula membolehkan pengguna memangkas pelbagai mana-mana subjek dalam imej dan video yang di jeda pada telefon pintar. Dalam erti kata lain, ianya berfungsi seperti mencipta sticker di aplikasi WhatsApp, dan menariknya lagi apabila boleh menyokong sehingga enam subjek dalam satu bingkai gambar walaupun dalam latar belakang yang kompleks.  Ia juga serasi digunakan bersama File Dock, justeru pengguna boleh menggunakan fungsi Drag and Drop, atau Copy and Paste dengan mudah. 


Pengalaman Lebih Lancar

Pengalaman penggunaan menjadi bertambah baik dengan ciri Trinity Engine yang bantu meningkatkan kelancaran dan kestabilan peranti melalui pengurusan sumber komputer, memori dan storan yang cekap. Sebanyak tiga teras utama yang menjadi tumpuan iaitu ROM Vitalization yang boleh mengosongkan memori dengan memampatkan data yang tidak digunakan dan mengalih keluar fail pendua. Sekaligus mampu menjimatkan ruang storan sehingga 45GB daripada jumlah sebesar 512GB pada Reno11 Pro, dan sehingga 21GB pula daripada jumlah storan 256GB pada Reno11.

Diikuti juga dengan RAM Vitalization yang boleh mempercepatkan prestasi memori untuk memastikan lebih banyak aplikasi aktif di latar belakang. Di mana ia boleh membina semula mekanisme RAM asas menggunakan teknologi khusus bagi meningkatkan kelancaran peranti, dan memastikan pengguna boleh bertukar aplikasi dengan baik tanpa masalah kegagalan program. Seterusnya CPU Vitalization pula merupakan teknologi penjadulan kuasa komputer yang membolehkan pengalaman lebih lancar dinikmati tanpa isu kehabisan bateri dengan cepat.


Menangi OPPO Reno11 Pro & Enco Buds2 Pro

Menurut OPPO kemas kini yang disediakan untuk peranti baharu siri Reno 11 ialah dua tahun untuk OS dan 3 tahun untuk sistem sekuriti. Untuk makluman semua, OPPO juga akan menawarkan hadiah berupa dua unit OPPO Reno11 Pro dan 3 unit Enco Buds2 Pro untuk anda yang bertuah.

Cara untuk memenanginya juga mudah dengan hanya memerlukan anda untuk log masuk ke akaun Amanz.Me untuk memberikan komen di artikel ini mengenai apa yang anda suka dengan ciri yang ditawarkan pada ColorOS 14 melalui ruangan komen yang disediakan. Pihak kami akan menghubungi pemenang menerusi maklumat dari Amanz.Me pada 16 Mac 2024.

Penyertaan telah dibuka sekarang sehingga 15 Mac 2024 1159PM, dan komen yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang. Jadi jangan tunggu lagi, komen sekarang sementara penyertaan masih dibuka!

Kemaskini Pemenang=========:

Komen yang bertuah adalah

OPPO Enco Buds2 Pro

  • Farid Yusof
  • Arif Kamal
  • Syed Fathuddin

OPPO Reno11 Pro

  • Noor Asman Bin Mohammad Noor
  • Wan Muhd Mustaffa Wan Nasharuddin

Pihak kami akan menghubungi anda menerusi maklumat yang ada dari profil AmanzMe.

Terima kasih buat semua peserta Komen dan Menang ColorOS 14 dari OPPO. Komen yang bertuah adalah

OPPO Enco Buds2 Pro

  • Farid Yusof
  • Arif Kamal
  • Syed Fathuddin

OPPO Reno11 Pro

  • Noor Asman Bin Mohammad Noor
  • Wan Muhd Mustaffa Wan Nasharuddin

Pihak kami akan menghubungi anda menerusi maklumat yang ada dari profil AmanzMe. Tahniah buat para pememang dan teruskan bersama kami. 

Komen