ParkEasy merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna dalam melakukan tempahan tapak parkir di sesuatu lokasi. Disamping itu, dengan perkembangan arena kereta elektrik, ParkEasy juga turut telah memperluaskan penawaran mereka meliputi pengurusan tapak pengecasan kenderaan.
Terbaru, selari implementasi kadar SST 8% baharu oleh kerajaan, kini ParkEasy mengumumkan kemaskini kepada aplikasi mereka, mengambil-kira perubahan tersebut.

Melalui kemaskini baharu, ParkEasy akan meningkatkan caj SST sebanyak 2%, daripada 6% sebelum ini, kepada 8% kadar baharu berkuat-kuasa 1 Mac 2024 ini. ParkEasy mengenakan caj SST untuk pembelian kredit bagi digunakan dalam aplikasi mereka.