Meta pada hari ini sedia mempunyai penawaran memfokuskan realiti-terimbuh, dibawah set kepala Quest. Menguasakan peranti berkenaan adalah sistem operasi berasaskan Android versi sumber terbuka, tanpa penyertaan integrasi perkhidmatan Google.
Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan Google pernah mendekati Meta, dan mengajak Meta untuk bekerjasama dalam membangunkan platform untuk arena realiti-terimbuh. Namun, Meta dilihat menolak kerjasama berkenaan, dan memilih untuk membangunkannya sendiri.
Pihak Meta sendiri sedia menerajui dalam arena berkenaan, dan kerjasama dengan Google tidak membawa sebarang keuntungan bagi pihak Meta. Malah, baru-baru ini, Meta dilaporkan akan bekerjasama dengan pihak LG untuk pengeluaran peranti realiti-maya yang menggunakan kepakaran perisian Meta, serta perkakasan LG.
Dengan langkah ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah langkah Google dalam arena realiti-terimbuh yang kini kian mendapat perhatian ramai – selari penyertaan Apple melalui Apple Vision Pro.