Carian
Apple Mungkin Mengumumkan Produk Baharu Seawal Minggu Ini – iPad Dan MacBook Air
March 4, 2024 Aman

Apple dilaporkan mungkin mengumumkan produk-produk baharu mereka seawal minggu ini, dimana kita mungkin melihat pengenalan beberapa produk dibawah keluarga iPad, selain pengenalan MacBook Air baharu.

Menurut laporan dan desas-desus awal, Apple tidak akan menganjurkan sebarang acara khas, sebaliknya melakukan pengumuman melalui web sahaja.

Mengikut spekulasi awal, Apple dijangka memperkenalkan iPad Pro, iPad Air dan juga MacBook Air. Pada masa yang sama, pihak Bloomberg turut melaporkan Apple akan memperkenalkan produk ini sekitar Mac atau April ini.

Apa pun, dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan produk baharu Apple tidak lama lagi.

Komen