Astro kini turut memaklumkan para pengguna, menyatakan selari dengan pelaksanaan cukai perkhidmatan 8% oleh kerajaan berkuat-kuasa 1 Mac 2024, pihak Astro turut akan mengimplementasinya pada beberapa perkhidmatan mereka.
Astro menyatakan perkhidmatan televisyen berbayar atau Astro Pay TV akan tertakluk dibawah caj SST 8% berkuat-kuasa 1 Mac 2024. Ini termasuk untuk pembelian pakej, caj sambungan semula, dan sebagainya.
Apa pun, Astro menekankan yang mana ini bukan peningkatan harga oleh mereka, sebaliknya adalah selari dengan pelaksanaan SST oleh kerajaan.
Astro turut memaklumkan tiada sebarang peningkatan untuk perkhidmatan Astro Fibre, dimana ia akan kekal 6% seperti sebelum ini.