Apple iPhone 4 SE Dijangka Hadir Dengan Skrin Takuk, Tiada Lagi Touch ID, Guna USB-C
Nazrin
Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone SE generasi keempat tahun ini, jika rekaan kemas gabung CAD yang tertiris boleh dipercayai. Apa yang menarik mengenai iPhone SE terbaru ini ialah ia menggunakan rangka iPhone 14 untuk memuatkan sejumlah teknologi baru didalamnya.

iPhone SE 4 dijangka akan hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.1 inci dan mempunyai takuk di bahagian atas yang akan merumahkan kamera pandang hadapan dan juga modul FaceID yang akan diperkenalkan buat kali pertama untuk model ini. Ini juga merupakan iPhone SE pertama yang hadir dengan paparan skrin lebih besar berbanding dengan skrin 4.7 inci sebelum ini.

iPhone SE 4 ini juga merupakan model SE pertama yang tidak akan hadir dengan butang home screen, dan akan menggunakan FaceID sepenuhnya untuk tujuan log masuk dan sekuriti. Apa yang menarik juga ialah terdapat kebarangkalian bahawa peranti ini juga akan menggunakan palam USB Type-C untuk pengecasan sama seperti siri iPhone 15.

Apa yang tidak berubah nampaknya ialah penggunaan kamera dengan satu lensa di belakang peranti ini. Sebagai satu-satunya peranti Apple yang boleh dilihat sebagai “mampu milik”, ia tidak mengejutkan untuk melihat bahawa Apple mengurangkan kos pada komponen kamera ini.
Setakat ini, butiran seperti penggunaan cip pemprosesan, bateri dan sebagainya tidak lagi diumumkan setakat ini. Pelancaran peranti ini juga tidak diketahui lagi buat masa ini, tetapi ramai yang mengatakan bahawa ia mungkin akan dilancarkan pada tahun 2025.
[sumber]91Mobiles[/sumber]