Bose Ultra Open Earbuds Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga RM1,499
Amy Maizuraa
Bose Ultra Open Earbuds telah dilancarkan pada Februari lalu sebagai fon telinga terbuka dengan rekaan seakan anting-anting. Semakan menerusi beberapa laman e-dagang mendapati ia sudah mula disenaraikan dengan harga jualan RM 1,499 seunit.

Bose Ultra Open Earbuds menggunakan rekaan unik yang nampak seperti anting-anting apabila digunakan di telinga. Ia juga dilengkapi teknologi OpenAudio untuk pengalaman audio lebih baik, diikuti juga teknologi Bose Immersive Audio untuk sokongan spatial audio.

Turut diberikan ialah butang kawalan pelbagai fungsi sama ada untuk main balik, menjeda, melangkau dan menyesuaikan kelantangan audio. Tambatan pantas boleh dibuat melalui bluetooth 5.3, yang juga boleh disambungkan ke pembesar suara pintar Bose terpilih melalui teknologi Bose SimpleSync.

Bateri disertakan boleh bertahan sehingga 19.5 jam dengan bantuan pod pengecas dan kalis air IPX4. Penggunaan bersama aplikasi Bose Music amat disarankan untuk penyesuaian audio lebih peribadi dengan tetapan EQ yang boleh diubah.
[info] Beli – Bose Ultra Open Earbuds | Shopee [/info]
[info] Beli – Bose Ultra Open Earbuds | Lazada [/info]