Cari @ Amanz

Satya Nadella Akan Berada Di Kuala Lumpur Untuk Acara Microsoft Build: AI Day Pada 20 Mac Ini

Oleh Nazrin

Link Copied!

Untuk 1-2 tahun ini, Microsoft dilihat telah membangunkan teknologi kecerdasan buatan dengan pesat sekali bersama bantuan pelaburan kedalam syarikat kecerdasan buatan OpenAI.

Berkat pelaburan tersebut, pembantu kecerdasan buatan CoPilot telah diperkenalkan untuk banyak produk perisian Microsoft, termasuklah sistem operasi Windows 11, perisian produktiviti Microsoft Office 365, perisian telesidang Microsoft Teams dan sebagainya.

Pada 19-21 Mac 2024 ini, CEO Microsoft Satya Nadella akan berada di Asia Tenggara untuk acara Microsoft Build: AI Day dimana beliau akan melawat Jakarta, Kuala Lumpur dan Bangkok untuk bercakap tentang kemajuan teknologi kecerdasan buatan yang kini digunakan secara global.

Acara ini akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 20 Mac ini dan Satya Nadella akan memberi ucaptama di acara tersebut dan akan bercakap sedikit mengenai era kecerdasan buatan dan bagaimana organisasi-organisasi di negara ini boleh memanfaatkannya untuk tugasan seharian.

Sepanjang Microsoft Build : AI Day ini, terdapat pelbagai yang boleh didaftarkan oleh orang ramai dan juga syarikat-syarikat yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan kecerdasan buatan. Acara-acara seperti panel perbincangan, hackathon dan sebagainya akan diperlihatkan di acara ini.

Anda boleh mula mendaftar untuk acara Microsoft Build: AI Day ini melalui pautan ini sekarang.


Komen ()