Carian
Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan Jalur Lebar Malaysia Ditingkatkan Ke 7.7 Mbps
March 4, 2024 Effi Saharudin

Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) perkhidmatan jalur lebar di Malaysia akan meningkat 208% ke 7.7 Mbps bermula 1 April ini. Ini adalah peningkatan daripada kelajuan 2.5 Mbps yang digunakan sebelum ini. Ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dalam jawatan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

MSQoS yang dikemas kini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menetapkan penyedia perkhidmatan jalur lebar perlu memastikan purata kelajuan muat turun tidak kurang daripada 7.7 Mbps pada tahun ini. MSQoS akan ditingkatkan pula ke sekurang-kurangnya 10 Mbps pula pada tahun 2025. Dengan piawaian baharu yang bakal berkuat kuasa bulan depan, pelan 5G yang ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan tidak akan melepasi piawaian MSQoS.

Masih terdapat pelan 5G di Malaysia yang meletakkan had kelajuan 1Mbps yang boleh dikategorikan sebagai piawaian “kelajuan” jalur lebar lebih dua dekad yang laju yang pastinya tidak layak diiklankan sebagai pelan 4G apatah lagi 5G pada tahun 20245.

Komen