India Arah Syarikat Teknologi Memohon Kebenaran Sebelum Menawarkan Produk Berasaskan Kecerdasan Buatan
Aman
Kerajaan India kini meminta firma dan syarikat teknologi untuk memohon kebenaran daripada pihak berkuasa, sebelum memperkenalkan produk berasaskan kecerdasan buatan kepada umum atau dalam bentuk ujian.
Pembangunan ini termasuk melibatkan model-model GenAI atau model penjanaan berasaskan kecerdasan buatan. Kerajaan India turut menyatakan yang mana pengenalan atau pembangunan hanya boleh dilakukan selepas menerima kebenaran pihak berkuasa.
Disamping itu, pembangun juga turut perlu menyertakan pop-up yang menyatakan kemungkinan hasil yang dijana tidak begitu tepat.
Dengan langkah ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah akan memberikan impak pembangunan industri kecerdasan buatan di India.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.