Carian
EU Mendenda Apple Sebanyak RM9.2 Bilion – Atas Salah Guna Kawalan App Store
March 4, 2024 Aman

Kesatuan Eropah (EU) hari ini mendenda Apple sebanyak 1.8 bilion Euro, iaitu sekitar RM9.2 bilion, disebabkan salah guna kuasa untuk pengedaran aplikasi penstriman muzik.

EU menyatakan Apple telah menggunakan kuasa pembangunan platform iOS dibawah mereka, dalam menghalang para pembangun aplikasi dalam memaklumkan penawaran harga lebih rendah untuk langganan di luar aplikasi. Sebelum ini, EU telah membuka siasatan terhadap Apple selepas aduan oleh pihak Spotify pada 2019 yang lepas.

Apple melalui terbitan akhbar, menyatakan mereka akan melakukan rayuan terhadap keputusan ini. Apple turut menekankan yang mana EU tidak menemui sebarang bukti menyatakan perkara ini membawa kepada beban kepada pengguna.

Komen