Instagram Kini Membolehkan Anda Sunting DM Dalam 15 Minit Selepas Dihantar
March 5, 2024
Meta
Aman
Ciri penyuntingan pada aplikasi permesejan merupakan salah satu perkara yang ramai inginkan. Terbaru, Instagram mengumumkan pengenalan ciri menyunting sesuatu mesej yang telah dihantar, dalam tempoh sekitar 15 minit selepas ia dihantar.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan anda untuk melakukan penyuntingan sekiranya terdapat sebarang kesalahan, dengan pantas.
Untuk menyunting sesuatu mesej, anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej untuk seketika, dan seterusnya memilih “Edit” pada menu.
Selain sokongan menyunting mesej, pengguna juga turut boleh pin akan sesuatu perbualan pada bahagian atas Inbox, dan mengakses dengan mudah pada Instagram.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.