Cari @ Amanz

Sudah banyak perkhidmatan AI sekarang boleh membaca fail yang dimuat naik pengguna untuk dirumuskan. Adobe Acrobat menguji untuk membaca fail PDF, Claude yang sedia menyokong ciri merumuskan fail kini dinaiktaraf ke model bahasa raya baharu, dan baru-baru ini Microsoft Copilot turut mula menyokong ciri yang sama.

Copilot kini dilihat boleh menerima fail yang pengguna muat naik atau melalui drag & drop. Ia kemudian boleh membaca keseluruhan dokumen untuk mengeluarkan rumusan, menyenaraikan data penting, atau mencari data yang lebih spesifik tanpa perlu membaca sendiri kesemua dokumen.

Ciri ini dilihat diedarkan secara berperingkat kepada semua pengguna. Lebih menarik, Microsoft turut tidak mengehadkan ciri ini untuk digunakan pada Windows sahaja, kerana jika anda menggunakan pelayar web Edge – perkara yang sama turut boleh dilakukan. Dalam cubaan saya, Copilot pada laptop Windows dan pelayar web Edge yang saya gunakan sekarang masih belum menyokong ciri baharu ini. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd