Cari @ Amanz

Nampaknya semakin banyak ciri menarik pada peranti mudah alih akan terhad di Eropah sahaja. Muat sisi aplikasi pada iOS dan sokongan gudang aplikasi pihak ketiga tidak akan ditawarkan di luar Eropah. Baru-baru ini ciri pemesejan rentas-platform pada WhatsApp turut akan dihadkan di Eropah sahaja.

Dalam kemas kini baharu, WABetaInfo menemui ciri Third-party chats serba baharu. Pengguna dilihat boleh hidup atau matikan ciri ini mengikut citarasa masing-masing serta turut boleh memilih perkhidmatan pemesejan yang mana untuk disertakan dalam WhatsApp. WhatsApp turut mengingatkan pengguna yang pemesejan pihak ketiga mungkin menggunakan penyulitan berbeza dan pengguna lebih mudah terdedah kepada scam dan spam.

Berdasarkan tangkapan layar tertiris ini kini boleh beranggapan yang ciri pemesejan rentas-platform pada WhatsApp adalah seakan Beeper. Pengguna perlu menghubungkan akaun masing-masing kemudian boleh membaca, menerima dan menghantar mesej dari pelbagai platform berbeza dalam satu aplikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd