Cari @ Amanz

Linux Kini Akhirnya Melangkaui 4% Pegangan Pasaran Sistem Operasi Desktop

Oleh Aman

Link Copied!

Melalui Statcounter, kini ia memperlihatkan sistem operasi sumber terbuka berasaskan Linux mempunyai pegangan pasaran melangkaui 4% – sekaligus memperlihatkan angka 4% dicapai buat pertama kalinya selepas sekian lama.

Peningkatan penggunaan Linux dilihat berubah drastik sejak tahun 2020. Pihak Statcounter tidak menyatakan sebab disebaliknya, namun mengikut spekulasi ramai, keperluan tahap perkakasan yang tinggi untuk menjalankan Windows 11 membuatkan lebih ramai beralih ke sistem operasi Linux.

Ini terutamanya untuk komputer model lama yang masih aktif digunakan – dimana pengguna memilih untuk memasang sistem operasi Linux dan menggunakannya dalam penggunaan asas harian.

Disamping itu, perkembangan arena sistem operasi berasaskan Linux yang kini lebih mudah dan mesra pengguna juga dilihat menyumbang kepada peningkatan ini. Mengikut angka tempatan untuk Linux juga, Statcounter memperlihatkan ia kini mencatatkan angka 3.99% pegangan pasaran.

Bagi anda sendiri, pernahkah anda mencuba sistem operasi berasaskan Linux?


Komen ()