Carian
Maybank Mengumumkan Beberapa Perkhidmatan Akan Tergendala Pada 9 Mac 2024
March 5, 2024 Amy Maizuraa

Maybank memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan akan berlaku pada 9 Mac 2024 (Sabtu). Ini disebabkan oleh terdapat penyelenggaran sistem berjadual akan dilakukan pada hari tersebut. Sekaligus menyebabkan beberapa perkhidmatan seperti Maybank2u, Perbankan Mudah Alih Maybank2u, Perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri tidak akan beroperasi secara berperingkat bermula jam 12:00 pagi sehingga 8:00 pagi.

Maybank

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Pada masa sama pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama orang ramai dalam perkara ini. Untuk maklumat lanjut atau bantuan, boleh terus menghubungi Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia).

Komen